Saturday 12 November 2011

dari satu sisi ~ no. ganjil

(1) Satu ~ Tuhan yang Satu


(3) Tiga ~ RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)


(5) Lima~ Tiang Agama


(7) Tujuh ~ umur mula berSolat 


(9) Sembilan ~ pukul sembilan lagi aku x balik sampai saat aku update blog nih masih di sini membuat ASSiGNMENT!!!

saling mengingati

Nilai nombor dari satu sisi(@-@)
                                           c~

~Soalan~
1.      Sebutkan satu yang tiada duanya,
2.      dua yang tiada tiganya,
3.      tiga yang tiada empatnya,
4.      empat yang tiada limanya,
5.      lima yang tiada enamnya,
6.      enam yang tiada tujuhnya,
7.      tujuh yang tiada lapannya,
8.      lapan yang tiada sembilannya,
9.      sembilan yang tiada sepuluhnya,
10.  sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11.  sebelas yang tiada dua belasnya,
12.  dua belas yang tiada tiga belasnya,
13.  tiga belas yang tiada empat belasnya.
14.  Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15.  Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16.  Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19.  Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20.  Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21.  Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
22.  Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

~Jawapan~
1.      Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2.      Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
3.      Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4.      Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5.      Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6.      Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7.      Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8.      Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9.      Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
10.  Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11.  Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12.  Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13.  Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14.  Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
15.  Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16.  Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17.  Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
18.  Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19.  Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
20.  Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21.  Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22.  Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Sekian

Amin...Syukur

Keseimbangan... Ada dunia ada akhirat...


Ajaib kan... sukeee:)
hmm... nak nyanyi ke nak mengira?!



 buat dua-dua laa!!

uiks, ada game...



Cubalah kalau pandai mengira!!

Friday 11 November 2011

Wah, Spirograf :O

Sila lukis guna Applet Spirograph ini...
  • Sekiranya anda mempunyai pengetahuan yang cukup tentang spirograf permainan yang terkenal, ia dicipta oleh Hasbro - sebuah syarikat permainan.
Spirograh keluaran Hasbro

  • Set spirograf yang asal datang dalam bentuk satu kotak yang mengandungi pelbagai pen berwarna, kertas, dan roda bergigi. Pertama sekali, satu daripada spirograf roda bergigi dilekatkan pada kadbod, melalui kertas. Kemudian, satu lagi roda bergigi dilekatkan bersebelahan dengan roda bergigi yang pertama. Akhirnya, satu pen di dicucukkan ke dalam lubang dalam bulatan yang kedua.

  • Caranya, pen tersebut digunakan untuk menggulung bulatan yang kedua supaya ia mengelilingi bulatan pertama. Semasa bulatan kedua berputar, ia akan melukis corak yang agak cantik - satu corak spirograph!

salam perkenalan:-)

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Saya mengajar matematik di sini --> www.sksbs.edu.my